24 December 2012

KENaNgAn 2012


Gambar kenangan anak didik 2012.... Selamat kembali ke sekolah... dan selamat melangkah ke Tahun 1...

19 December 2012

CuTi.....


mari bercuti......

25 November 2012


aktiviti senamrobik.....

13 November 2012

Suasana Kelas Prasekolah Bestari

sudut bacaan

Mini Zoo

Sudut Tema

Antara Sebahagian Murid-murid Prasekolah Bestari

Model Rumah

Murid Prasekolah Bestari 2012

Ruang Pembelajaran

Almari Fail

Bahan Bantu Mengajar

Sudut Info Bestari

Sudut Permainan Tradisional

12 November 2012

Apakah Itu Prasekolah?


Apa itu Prasekolah?


MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang    patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.





Lagu Kereta Kecil

Kereta Kecil
Bapaku Pulang Dari Kota,
Bapaku Belikan Kereta,
Kereta Kecil Warna Merah,
Boleh Ku Bawa Ke Sekolah,


Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon,
Kereta Kecil Ku Berbunyi,
Marilah Adik Mari Naik,
Boleh Ku Bawa Ke Rumah Nenek.




Persembahan Menarik Kanak-Kanak Prasekolah


Lagu Rama-Rama

Rama-Rama
Dari Ulat Jadi Kepompong,
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong,
Cukup Masa Kelongsong Pecah,
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah,


Rama-Rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama,


Begitulah Hidup Manusia,
Pada Allah Kita Berdoa,
Agar Jadi Insan Mulia,
Insyallah Kita Akan Berjaya

Lagu Tanya Sama Pokok

Tanya Sama Pokok

Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang,
Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goyang,
Tanya Sama Angin, Apa Sebab Goyang,
Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan.


Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air,
Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair,
Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang,
Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang.

Sambutan Majlis Hari Jadi Murid Prabestari

Murid yang diraikan


Suasana sambutan


Menerima hadiah dari rakan
Suasana Majlis

Teknik Origami

Teknik origami yang sesuai diadakan di dalam kelas.


Assalamualaikum

Pertama sekali,

Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang telah memberikan kekuatan dan kudrat terhadap saya untuk mencipta satu lagi sejarah dalam hidup saya. Kedua, kepada ayah serta ibu yang telah mendidik saya untuk menjadi insan yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan keluarga

Ketiga, guru-guru yang masih ada dan mungkin yang telah lama meninggalkan saya, Insyallah... jasa anda selama ini tidak akan saya lupa dan tidak lupa juga kepada suami saya serta keluarga. 


Terima Kasih semua....