24 December 2012

KENaNgAn 2012


Gambar kenangan anak didik 2012.... Selamat kembali ke sekolah... dan selamat melangkah ke Tahun 1...

19 December 2012

CuTi.....


mari bercuti......

25 November 2012


aktiviti senamrobik.....

13 November 2012

Suasana Kelas Prasekolah Bestari

sudut bacaan

Mini Zoo

Sudut Tema

Antara Sebahagian Murid-murid Prasekolah Bestari

Model Rumah

Murid Prasekolah Bestari 2012

Ruang Pembelajaran

Almari Fail

Bahan Bantu Mengajar

Sudut Info Bestari

Sudut Permainan Tradisional

12 November 2012

Apakah Itu Prasekolah?


Apa itu Prasekolah?


MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang    patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.





Lagu Kereta Kecil

Kereta Kecil
Bapaku Pulang Dari Kota,
Bapaku Belikan Kereta,
Kereta Kecil Warna Merah,
Boleh Ku Bawa Ke Sekolah,


Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon,
Kereta Kecil Ku Berbunyi,
Marilah Adik Mari Naik,
Boleh Ku Bawa Ke Rumah Nenek.




Persembahan Menarik Kanak-Kanak Prasekolah