Tentang Saya
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah KRT3013
D054606
Program Pend. Sekolah Rendah,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Kategori
- Aktiviti Prasekolah Bestari (2)
- Lagu Kanak-kanak (3)
- Pengenalan (3)
- Video Pendidikan (2)
Kalendar Pendidikan
Cuteki cute ecards
Berita Pendidikan
24 December 2012
KENaNgAn 2012
Gambar kenangan anak didik 2012.... Selamat kembali ke sekolah... dan selamat melangkah ke Tahun 1...
19 December 2012
13 November 2012
Suasana Kelas Prasekolah Bestari
12 November 2012
Apakah Itu Prasekolah?
Apa itu Prasekolah?
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
- Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
- Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
- Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
- Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
- Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
- Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
KONSEP PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
Merupakan pendidikan
yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik
beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di
samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu,
mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk
semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan
mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah
rendah.
VISI
"Pengurusan
Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"
MISI
Membangunkan Sistem
Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi
Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.
Lagu Kereta Kecil
Kereta Kecil
Bapaku Pulang Dari Kota,
Bapaku Belikan Kereta,
Kereta Kecil Warna Merah,
Boleh Ku Bawa Ke Sekolah,
Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon,
Kereta Kecil Ku Berbunyi,
Marilah Adik Mari Naik,
Boleh Ku Bawa Ke Rumah Nenek.
Bapaku Pulang Dari Kota,
Bapaku Belikan Kereta,
Kereta Kecil Warna Merah,
Boleh Ku Bawa Ke Sekolah,
Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon,
Kereta Kecil Ku Berbunyi,
Marilah Adik Mari Naik,
Boleh Ku Bawa Ke Rumah Nenek.
Subscribe to:
Posts (Atom)